Mahasiswa Diseru Mendoakan Kesejahteraan Warga Palestin

   
Sunday, December 28, 2008


gaza.jpg

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Islam diseru agar tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang dibantai secara besar-besaran oleh tentera Zionis laknatullah.Demikian ujar Yang Dipertua PMIUM saudara Haafizuddin Abirerah malam tadi.

Beliau juga menggesa agar mahasiswa Islam dan bukan Islam turut sama melahirkan bantahan terhadap kekejaman Zionis pimpinan Ehud Olmert dan juga kerajaan Amerika Syarikat yang bersekutu dgn tindakan kekejaman tersebut.

Semalam Israel melancarkan serangan udara pada hari kedua untuk memberi tekanan kepada Hamas dengan 229 terbunuh pada serangan berterusan 24 jam ke atas Palestin dalam konflik yang berlarutan selama 60 tahun itu.

Israel menempatkan kereta kebal dan tentera infantri di sepanjang sempadan Gaza dan jurucakap tenteranya berkata: “Operasi ketenteraan akan berterusan dan kini sedang bersiap sedia.”

Negara Yahudi itu mendakwa mereka bertindak balas selepas militan Gaza melancarkan serangan roket dan mortar secara intensif selepas Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata selama enam bulan, minggu lalu.

Serangan militan itu menyebabkan kecederaan dan pemimpin Israel dikatakan menerima tekanan dalam persiapan mengadakan pilihan raya pada 10 Februari nanti.

Tinjauan umum mendapati kumpulan sayap kanan pembangkang negara itu, Likud diramal akan menang.

Israel berkata, pesawat pejuangnya melancarkan kira-kira 100 serangan pada Sabtu manakala militan Palestin membalas 70 serangan roket ke arahnya, mengorbankan seorang penduduk Israel.

“Ada masanya kita berdiam dan ada masa untuk bertindak balas,” kata Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada siaran televisyen.

Asap tebal hitam boleh dilihat di sekitar bandar Gaza selepas Israel mengebom lebih 40 kawasan keselamatan dengan mayat bergelimpangan serta mangsa yang cedera di sebuah majlis graduasi tentera baru Hamas. - mahasiswakini

Sumber- http://mahasiswakini.com

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger