Mahasiswa Diseru Mendoakan Kesejahteraan Warga Palestin

   
Sunday, December 28, 2008


gaza.jpg

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Islam diseru agar tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang dibantai secara besar-besaran oleh tentera Zionis laknatullah.Demikian ujar Yang Dipertua PMIUM saudara Haafizuddin Abirerah malam tadi.

Beliau juga menggesa agar mahasiswa Islam dan bukan Islam turut sama melahirkan bantahan terhadap kekejaman Zionis pimpinan Ehud Olmert dan juga kerajaan Amerika Syarikat yang bersekutu dgn tindakan kekejaman tersebut.

Semalam Israel melancarkan serangan udara pada hari kedua untuk memberi tekanan kepada Hamas dengan 229 terbunuh pada serangan berterusan 24 jam ke atas Palestin dalam konflik yang berlarutan selama 60 tahun itu.

Israel menempatkan kereta kebal dan tentera infantri di sepanjang sempadan Gaza dan jurucakap tenteranya berkata: “Operasi ketenteraan akan berterusan dan kini sedang bersiap sedia.”

Negara Yahudi itu mendakwa mereka bertindak balas selepas militan Gaza melancarkan serangan roket dan mortar secara intensif selepas Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata selama enam bulan, minggu lalu.

Serangan militan itu menyebabkan kecederaan dan pemimpin Israel dikatakan menerima tekanan dalam persiapan mengadakan pilihan raya pada 10 Februari nanti.

Tinjauan umum mendapati kumpulan sayap kanan pembangkang negara itu, Likud diramal akan menang.

Israel berkata, pesawat pejuangnya melancarkan kira-kira 100 serangan pada Sabtu manakala militan Palestin membalas 70 serangan roket ke arahnya, mengorbankan seorang penduduk Israel.

“Ada masanya kita berdiam dan ada masa untuk bertindak balas,” kata Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada siaran televisyen.

Asap tebal hitam boleh dilihat di sekitar bandar Gaza selepas Israel mengebom lebih 40 kawasan keselamatan dengan mayat bergelimpangan serta mangsa yang cedera di sebuah majlis graduasi tentera baru Hamas. - mahasiswakini

Sumber- http://mahasiswakini.com

Bonceng boleh..KAMI tak kisah!!!Tapi..


Inilah keadaan kampus seluruh Malaysia. Kebebasan diberikan kepada Mahasiswa untuk berfikir sendiri sama ada benda seperti ini betul atau salah. Mahasiswa diberi hak sepenuhnya untuk membuat keputusan tanpa ada sebarang sekatan oleh pihak pentadbiran Universiti

"Ini hak mereka, KAMI tidak boleh halang.." itulah jawapan yang selalu diberikan.

Tetapi...

Bila mahasiswa berbicara tentang politik, bicara tentang Kuasa. Mereka akan segera di cantas, dikejar malah diancam dan sebagainya.

Sebagai contoh, bagi mahasiswa yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Pilihanraya Kampus (PRK), meminta supaya PRK berjalan secara demokratik, bebas dan adil, golongan-golongan seperti ini akan di anggap sebagai Pembangkang dan cuba untuk berpolitik. Pelbagai lagi tohmahan yang akan diperolehi sekiranya suara-suara itu menentang arus untuk melakukan perubahan. Mereka di minta untuk diam dan menumpukan kepada proses pembelajaran semata-mata.

Kenapa ini berlaku sedangkan, mahasiswa yang bercinta, yang berpeleseran,berbonceng, bercouple, merempit tidak pernah dilabel dan dihalang seperti mana kes di atas? Mengapa? Adakah semua perkara ini keperluan dan tidak boleh dilambangkan sebagai mahasiswa tidak menumpukan perhatian dalam pengajian tinggi?

Atau kita telah dijangkiti oleh suatu VIRUS ANDAIAN yang sempit dan tidak rasional dalam menilai suara mahasiswa yang lantang, berani menegur, berfikiran jauh kehadapan dan lebih "mengigit" berbanding pihak-pihak tertentu??

Atau sebenarnya kita sendiri tidak tahu makna hakiki ‘politik’?

Politik ini luas maksudnya. Bukan sekadar menumpu pada aspek Pilihanraya dalam sesebuah negara hatta kampus sendiri (Pilihanraya Kampus -PRK).

Dalam keluarga ada politik, dalam sekolah ada politik, dalam kuliah/tutorial ada politik, dalam Parlimen ada politik, dalam jabatan kerajaan ada politik.

Ini kerana makna politik adalah “…is the process by which groups of people make decisions… [maksud: adalah proses dan cara membuat keputusan untuk satu-satu kumpulan@masyarakat).

Justeru,Politik Mahasiswa perlu diberi ruang seluas-luasnya oleh pihak pentadbiran bagi memastikan Mahasiswa yang lahir tidak hanya berfikiran "dalam kotak" tetapi kita inginkan mahasiswa yang peka dengan keadaan sekeliling. Jadi apa salahnya sekiranya Pro Mahasiswa diberi peluang bersama-sama Universiti dalam melakukan perubahan?Mahasiswa yang baik bukanlah mahasiswa yang hanya pandai MENGAMPU untuk mendapat perhatian. Tetapi Mahasiswa yang baik adalah mahasiswa yang berani menegur dan berani menyuarakan pendapat demi kebaikan Mahasiswa dan Universiti pada masa akan datang. Wassalam

Student..Power!!!

Krisis Kepimpinan Mahasiswa di UTM semakin meruncing


Sejak 2,3 tahun kebelakangan ini, suara-suara mahasiswa di kebanyakan Universiti sudah kurang kedengaran. Kreadibiliti dan keizzahan seorang MPP yang bergerak ke sana sini melalui puluhan ribu mahasiswa di kampus juga tidak menarik minat untuk didekati apatah lagi untuk di bawa berbincang isu-isu yang besar. Perkara yang paling menyedihkan bila mana Mahasiswa Kampus tidak mengenali Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sebagai penjawat jawatan tertinggi di kalangan Mahasiswa. Ini merupakan suatu malapetaka yang amat besar menimpa seluruh mahasiswa di Malaysia Khususnya UTM.

Suatu perkara yang amat pelik. Bagaimana Mahasiswa hari ini boleh memilih calon-calon yang akan bekerja untuk mereka dan orang yang akan memperjuangkan hak-hak mereka sebagai mahasiswa?apa kriteria yang di letakkan oleh mahasiswa untuk mengundi calon-calon MPP semasa pilihanraya?Persoalan yang timbul untuk kita sama fikirkan.

Adakah dengan melihat wajah calon siswa yang "Handsome" atau calon siswi yang "Cute" di jadikan sebagai ukuran untuk memangkah calon mahasiswa yang bertanding? atau ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memaksa Mahasiswa hari ini untuk mengundi calon-calon mereka seperti yang biasa dilakukan oleh Puak-puak Aspirasi sebelum ini?

Jika hal ini yang berlaku, Sudah terang dan jelas bahawa kepimpinan Majlis perwakilan Pelajar telah Jadikan "kelas Kedua" dan mungkin "kelas ketiga" di mata mahasiswa. Kepimpinan MPP telah dijadikan tunggangan oleh pihak tidak bertanggungjawab. MPP hari ini sudah tidak menjadi sebuah Badan yang penting bagi mahasiswa menyampaikan hasrat mereka untuk dilaksanakan oleh MPP.

Oleh itu, kami di peringkat Pro Mahasiswa UTM akan memastikan, perkara ini tidak akan berlaku lagi pada sesi kepimpinan MPP akan datang. Kami akan memastikan bahawa MPP tidak lagi akan menjadi tunggangan pihak tidak bertanggungjawab. Kepimpinan Mahasiswa perlu diberikan hak sepenuhnya dalam merancang dan merealisasikan Agenda mereka. Matlamat dan Misi Majlis Perwakilan Pelajar perlu jelas dan bebas dari sebarang pihak yang berkepentingan. Barisan Pro Mahasiswa UTM komited dalam menyelesaikanMasalah ini bagi memastikan Keizzahan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar di kembalikan. Sekian. Wassalam

Student!!!!Power...

Anis Bin Abd Wahab
Fakulti Pendidikan
2 SPH
Pro Mahasiswa UTM

~Ready For Fight~

   
Saturday, December 27, 2008


Alhamdullilah.....pejam celik, pejam celik dah habis cuti semester....rasanya baru je cuti bermula...masa berlalu begitu cepat tanpa kita sedar namun perjuangan di alam campus ini perlu diteruskan walaupun kita merasakan waktu rehat tidak cukup jika dibandingkan dengan masa yang diambil untuk kita menuntut ilmu .

READY FOR FIGHT

Kehangatan tahun baru kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Jika Politik Negara bersiap sedia untuk menggempur KUALA TERENGGANU bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil, Kami di peringkat PRO MAHASISWA UTM telah bersedia untuk menggempur pihak aspirasi pada Pilihanraya kampus 2009 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kemasukan PRO MAHASISWA bakal melakar sejarah politik kampus UTM. Ini merupakan kali pertama gagasan ini keluar secara berdepan terus dengan pihak aspirasi. Bakal calon PRO M UTM akan cuba sedaya upaya memastikan agenda mahasiswa di kampus diperjuangkan.

Oleh itu, kami amat mengharapkan Pilihan Raya kampus kali diadakan secara telus dan bersih tanpa sebarang campurtangan dari pihak pentadbiran. Saya ingin menegaskan kepada pihak pentadbiran, Ini adalah pilihanraya untuk mahasiswa!!! Anda tidak patut untuk campur tangan dalam menyusun atur kepimpinan Pelajar.

Ini telah terbukti pada kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar sekarang, bagaimana calon fakulti boleh memegang jawatan Majlis tertinggi dalam Majlis perwakilan pelajar sedangkan Majlis Tertinggi hanya layak di pegang oleh Calon UMUM?? Ini menunjukkan Demokrasi kampus telah dijajah dan dicemari oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Sekiranya ini masih berlaku untuk pilihanraya kampus pada kali ini, kami di peringkat PRO Mahasiswa UTM tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan. Ini merupakan hak kami yang telah dicerobohi setelah sekian lama.

Kepada semua calon PRO Mahasiswa UTM, jangan takut,jangan gentar. Kita memperjuangkan hak Mahasiswa. Jangan biarkan mahasiswa terus lena dibuai dengan "gula-gula" pihak yang mempunyai "Hidden Agenda" demi kepentingan KRONI. Salam Perjuangan untuk semua MAHASISWA.

Anis Bin Abd Wahab
Fakulti Pendidikan
2 SPH
PRO MAHASISWA UTM

Apa itu M.A.H.A.S.I.S.W.A?

   
Saturday, September 20, 2008

Oleh kerana kita sudah terbiasa berada dalam kalangan masyarakat mahasiswa, sudah tentu kita menganggap mahasiswa adalah masyarakat belajar yang biasa mengelek buku atau menggalas beg sekolah semata-mata.

Inilah yang kita biasa lihat dan inilah persepsi kita tentang mahasiswa.

Sebenarnya mahasiswa mempunyai maksud dan peranan yang lebih luas dari apa yang kita sama-sama simpulkan.

Jika dilihat sendiri secara harfiah pada perkataan M.A.H.A.S.I.S.W.A, sebenarnya ia terdiri oleh 2 suku kata iaitu maha yang membawa maksud besar dan berkuasa; dan siswa yang merujuk pada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi.


Hasil sintesis kedua-dua suku kata ini memberi makna yang lebih tinggi iaitu satu ‘bangsa’ yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan belajar di institusi peringkat tinggi, tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki oleh mereka.

Dr. Zuhdi bin Marzuki (Univ.Malaya, 2001) mendifinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara.

Penggemblingan tenaga kelompok ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealis untuk mencapai matlamat yang digagaskan bersama, selaras dengan kedudukan mereka di menara puncak ilmu.

Natijahnya, lahir suatu arus gerakan yang senantiasa bersama dengan kebenaran (al-Haq) dan sama sekali tidak bersekongkol dengan kebatilan hatta kelompok mereka ini dikenali sebagai independence group.

Mahasiswa UTM dahulu memang menghayati spirit-spirit seperti ini. Mereka bukan sahaja menjadi ulat buku di perpustakaan dan bilik-bilik kuliah, malah sangat peka dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan masyarakat.

Mereka senantiasa berfikir dan tahu bagaimana untuk menyuarakan pandangan mereka secara penuh rasional dan sopan.

Realiti ini telah meletakkan kepemimpinan mahasiswa UTM dahulu sebagai ‘jurubicara ummah’ (bagi mahasiswa), pemangkin (catalys), agen perubahan (agent of change), semak dan imbang (check and balance), golongan pendesak (pressure group) dan sebagainya.

Hari ini, macam-macam perkara telah mengekang kehidupan kita. Sistem meritokrasi diperkenalkan di desa-desa. Kita dipaksa untuk menyertai program-program yang kadang-kadang langsung tidak menjunjung budaya berfikir.

Jika tidak menyertai program-program tersebut, kita tidak mendapat merit lebih. Impaknya, kita diugut untuk disingkirkan dari desa.

Kita dipaksa (perintah wajib) untuk menyokong calon-calon MPP yang ditaja oleh HEP, pada hal kepemimpinan MPP ini sepatutnya diangkat oleh kita dan mewakili suara kita (Pro-MAHASISWA).

Hari ini, kita sedia mendengar cerita-cerita perubahan Malaysia dalam dada-dada akhbar arus perdana, namun kita dihalang untuk bersama-sama menggarapkan arus perubahan di kampus sebagaimana yang kita baca dan kita fikirkan.

Hari ini, kita telah pun tahu bahawa kepemimpinan Aspirasi lepas lebih menjaga kepentingan dan status quo TNC HEP semata-mata, namun kita masih terus dipaksa untuk mengatakan bahawa calon-calon Aspirasi sebenarnya telah membela hak-hak kebajikan mahasiswa.

Kita boleh merenung sedalam-dalamnya. Adakah kita patut berpeluk tubuh padahal peranan dan budaya mahasiswa sebenar adalah berfikir dan melaksanakan perubahan secara penuh rasional dan sopan?

Marilah sama-sama kita menyebarkan idea perubahan. Biar kepemimpinan kita ini benar-benar yang mampu mengetengahkan suara dan hasrat kita (Mahasiswa).


Salam Perjuangan



Assalamualaikum wbt kepada semua mahasiswa diseluruh malaysia. Moga dalam keadaan sihat sejahtera.

Pertama, mohon kemaafan di atas kelambatan dalam mengupdate blog dek kesibukan sebagai seorang mahasiswa.

Pada baki-baki ramadan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Hari-hari Terakhir dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan. Rebutlah peluang dan ruang yang ada ini untuk mendapatkan kasih sayang Allah swt.

Sesungguhnya tiada yang lain kita hidup atas muka bumi ini melainkan meraihkan kasih sayang Allah swt...

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger