Bonceng boleh..KAMI tak kisah!!!Tapi..

   
Sunday, December 28, 2008


Inilah keadaan kampus seluruh Malaysia. Kebebasan diberikan kepada Mahasiswa untuk berfikir sendiri sama ada benda seperti ini betul atau salah. Mahasiswa diberi hak sepenuhnya untuk membuat keputusan tanpa ada sebarang sekatan oleh pihak pentadbiran Universiti

"Ini hak mereka, KAMI tidak boleh halang.." itulah jawapan yang selalu diberikan.

Tetapi...

Bila mahasiswa berbicara tentang politik, bicara tentang Kuasa. Mereka akan segera di cantas, dikejar malah diancam dan sebagainya.

Sebagai contoh, bagi mahasiswa yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Pilihanraya Kampus (PRK), meminta supaya PRK berjalan secara demokratik, bebas dan adil, golongan-golongan seperti ini akan di anggap sebagai Pembangkang dan cuba untuk berpolitik. Pelbagai lagi tohmahan yang akan diperolehi sekiranya suara-suara itu menentang arus untuk melakukan perubahan. Mereka di minta untuk diam dan menumpukan kepada proses pembelajaran semata-mata.

Kenapa ini berlaku sedangkan, mahasiswa yang bercinta, yang berpeleseran,berbonceng, bercouple, merempit tidak pernah dilabel dan dihalang seperti mana kes di atas? Mengapa? Adakah semua perkara ini keperluan dan tidak boleh dilambangkan sebagai mahasiswa tidak menumpukan perhatian dalam pengajian tinggi?

Atau kita telah dijangkiti oleh suatu VIRUS ANDAIAN yang sempit dan tidak rasional dalam menilai suara mahasiswa yang lantang, berani menegur, berfikiran jauh kehadapan dan lebih "mengigit" berbanding pihak-pihak tertentu??

Atau sebenarnya kita sendiri tidak tahu makna hakiki ‘politik’?

Politik ini luas maksudnya. Bukan sekadar menumpu pada aspek Pilihanraya dalam sesebuah negara hatta kampus sendiri (Pilihanraya Kampus -PRK).

Dalam keluarga ada politik, dalam sekolah ada politik, dalam kuliah/tutorial ada politik, dalam Parlimen ada politik, dalam jabatan kerajaan ada politik.

Ini kerana makna politik adalah “…is the process by which groups of people make decisions… [maksud: adalah proses dan cara membuat keputusan untuk satu-satu kumpulan@masyarakat).

Justeru,Politik Mahasiswa perlu diberi ruang seluas-luasnya oleh pihak pentadbiran bagi memastikan Mahasiswa yang lahir tidak hanya berfikiran "dalam kotak" tetapi kita inginkan mahasiswa yang peka dengan keadaan sekeliling. Jadi apa salahnya sekiranya Pro Mahasiswa diberi peluang bersama-sama Universiti dalam melakukan perubahan?Mahasiswa yang baik bukanlah mahasiswa yang hanya pandai MENGAMPU untuk mendapat perhatian. Tetapi Mahasiswa yang baik adalah mahasiswa yang berani menegur dan berani menyuarakan pendapat demi kebaikan Mahasiswa dan Universiti pada masa akan datang. Wassalam

Student..Power!!!

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger