Sekitar Rapat Umum Arked K9

   
Sunday, January 11, 2009

video


video

Evolusi Mahasiswa Gagal Sambut Debat Terbuka Pro-M UTM




Pro Mahasiswa UTM hari ini sekali lagi mengadakan rapat umum bertempat di Arked Kolej 9. Ratusan Mahasiswa yang hadir menyambut baik rapat umum yang dianjurkan. Mahasiswa yang mengetahui rapat umum ini sanggup datang dari kolej yang agak jauh dari Arked K9 semata-mata untuk melihat rapat umum yang diadakan oleh Pro Mahasiswa. Ini merupakan respon yang agak baik dan sambutan terhadap pro mahasiswa setakat ini sungguh menggalakkan. Jentera Pro Mahasiswa juga terpaksa menolak beberapa tempahan terhadap baju oren Pro Mahasiswa yang telah habis dijual dalam masa yang singkat.

Rapat Umum hari ini juga cukup meriah dengan kehadiran ASPIRASI @ Evolusi Mahasiswa dengan seragam merah semasa calon Pro Mahasiswa sedang menyampaikan ucapan. Kehadiran orang kerahan ASPIRASI ke Arked K9 di sambut baik oleh Pro Mahasiswa dengan Laungan "Selamat Datang" oleh semua penggerak Pro M. Namun pertembungan tersebut tidak menimbulkan sebarang perkara yang tidak di ingini.

Setelah duta-duta Pro Mahasiswa selesai menyampaikan ucapan dan manifesto yang ingin dibawa kepada pengunjung Mahasiswa UTM yang hadir, Saudara Hafiz yang merupakan Pengerusi Majlis pada rapat umum hari ini merangkap ketua jentera Pro Mahasiswa UTM, seterusnya membuka gelanggang dan menawarkan kepada semua calon-calon Umum ASPIRASI untuk mengadakan DEBAT TERBUKA bersama calon-calon Pro Mahasiswa UTM berkenaan isu kepimpinan kampus.

Sementara menunggu calon ASPRISI mencari calon yang sesuai, penggerak Pro Mahasiswa sempat melaungkan "mari..mari..mari debat" sebanyak 4 kali . Cabaran untuk berdebat secara terbuka tersebut adalah untuk membuktikan kepimpinan manakah yang layak, berkaliber dan berwibawa untuk memimpin mahasiswa pada masa akan datang. Namun cabaran dan tawaran dari Pro Mahasiswa untuk berdebat tidak berani disahut (check Mate) oleh mana-mana calon umum ASPIRASI mahupun ketua jentera mereka sendiri. Sekiranya isu kepimpinan tidak dapat dihadam dengan baik oleh mana-mana calon ASPIRASI, apakah lagi yang mereka ingin perjuangkan?Fikir..Fikirkan..renung.. renungkan..Student Power!!

sumber - http://promahasiswautm.blogspot.com

Gelombang Oren menghangatkan PRK UTM 2009

   
Thursday, January 8, 2009


UTM Skudai, 8 Januari: Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kehadiran Gelombang "Oren" Pro Mahasiswa hari ini telah menghangatkan kembali Politik Kampus UTM pada hari pertama penamaan calon.

Seawal 7.45 AM, Sebanyak 50 buah Motosikal telah mula berarak di sekitar UTM bagi memberi isyarat kepada awal kepada Mahasiswa khususnya ASPIRASI bahawa Pro Mahasiswa telah bersedia untuk berpencak di gelanggang dan bersungguh-sungguh dalam pilihan raya Kampus pada kali ini.

ro Mahasiswa UTM kemudiannya berkumpul dan berarak bermula dari bangunan Persatuan Pelajar (SUB) untuk mengiringi duta-duta Pro Mahasiswa UTM sehingga ke Pusat penamaan calon bertempat di Rumah Alumni UTM. Laungan student Power!! memecahkan kesunyian sepanjang perarakan berlangsung.

Kehadiran Penyokong Pro Mahasiswa di pusat penamaan calon telah mendapat perhatian ramai "jurugambar" yang telah di tugaskan "khas" untuk Pro Mahasiswa. Sesuatu yang berbeza dengan kampus-kampus lain, bayang-bayang penyokong ASPIRASI @ Evolusi Mahasiswa yang di khabarkan akan keluar dengan seragam merah tidak kelihatan sepanjang penamaan calon berlangsung. Namun, Kehadiran Pengetua-pengetua kolej, staf HEP, dan pegawai keselamatan di pusat penamaan calon sekurang-kurangnya memeriahkan pilihan raya kampus UTM pada kali ini dengan reaksi yang pelbagai dalam menyambut kehadiran Pro Mahasiswa.

Perjalanan sepanjang penamaan Calon hari ini dilihat berjalan lancar walaupun ada sedikit sekatan semasa perarakan yang di lakukan oleh Pegawai Keselamatan UTM, akan tetapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik hasil perbincangan saudara Hafiz Mohamad, Selaku ketua Jentera Pro Mahasiswa dengan pihak keselamatan. Sebelum bersurai, Lagu UTM - Keunggulan terbilang di nyanyikan menandakan kesediaan Pro Mahasiswa bersama-sama universiti bagi membangunkan UTM pada masa akan datang.

Penamaan Calon hari ini berakhir dengan aman dan tenteram walaupun sebelum ini ada ugutan dan amaran yang telah di terima oleh penyokong mahupun calon Pro Mahasiswa itu sendiri.

"Mahasiswa tidak perlu gentar dan takut dengan ugutan atau amaran seperti ini kerana kita sebagai mahasiswa mempunyai hak dalam pilihanraya kampus." Tegas Saudara Hafiz selaku ketua jentera Pro Mahasiswa.

Anis Bin Abd Wahab dalam ucapannya juga berharap pihak pentadbiran memberi ruang yang seluas-luasnya kepada Mahasiswa untuk berpencak di arena pilihanraya kampus pada kali ini agar tidak wujud sebarang ketidakpuashatian dan sebarang tindakan provokasi pada masa akan datang.

Pro Mahasiswa juga berharap pilihanraya pada kali ini lebih bersih, adil dan telus dan bebas dari sebarang campurtangan pihak "atasan". Berikan hak mahasiswa kepada mahasiswa. Seluruh jentera Pro Mahasiswa UTM akan berusaha upaya bagi memastikan pilihanraya kampus kali ini bakal merubah kepimpinan kampus UTM ke arah lebih mantap. Student..Power!!!

http://promahasiswautm.blogspot.com

Duta Pro Mahasiswa

   
Wednesday, January 7, 2009


SELAMAT MENGHADAPI PILIHAN RAYA KAMPUS 2009



Pro M..Sedia!!!

   
Monday, January 5, 2009


Penamaan Calon pada 8hb Jan 2009 ini bakal merubah lanskap politik kampus UTM yang setelah sekian lama lesu. Tarikh keramat PRK (13 Januari 2008) yang telah lama menjadi teka-teki seluruh masyarakat kampus telah diketahui hari ini.

Seluruh penggerak Jentera pilihanraya kampus sama ada dari Pro Mahasiswa dan ASPIRASI telah mula rancak mengatur dan mencatur strategi serta mempersiapkan kekuatan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon tajaan masing-masing.

Calon PRO MAHASISWA UTM komited dalam memastikan agenda yang ingin di bawa pada PRK kali ini tercapai. Perjuangan Pro Mahasiswa bukan hanya mahu menang malah Pro M akan berusaha mengisi kemenangan PRK kali ini agar mencapai matlamat yang telah digariskan.

Jentera Pro Mahasiswa kini sedang melakukan gerakerja diperingkat yang terakhir. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh keseluruhan jentera juga amat baik. Fasa perubahan ini bakal membuka mata warga kampus untuk memilih calon yang benar-benar berkreadibiliti dan berwibawa untuk berada di barisan hadapan kepimpinan UTM. InsyaAllah kemenangan akan berpihak kepada Pro Mahasiswa.

Kami di peringkat Pro Mahasiswa UTM sekali lagi mengharapkan dan menegaskan kepada pihak pengurusan dan pihak pentadbiran kampus agar memastikan Pilihanraya Kampus supaya lebih telus, bersih dan adil kepada semua calon. Jika gesaan ini tidak di ambil serius, Kami di peringkat Pro Mahasiswa sedia menggempur.

Student..Power!!

Mahasiswa UTM telah Mula bersuara

   
Friday, January 2, 2009




Laungan takbir telah bergema di UTM sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat semalam. Hampir ribuan Mahasiswa telah berkumpul bagi menyatakan respon mereka terhadap Peristiwa 27hb Dis 2009 baru-baru ini yang mana telah menumpahkan ribuan darah saudara Islam kita di Gaza, Palestin. Kekejeman ini menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia apabila Israel dengan sewenang-wenangnya membedil kawasan Gaza yang menempatkan jutaan Manusia. Serangan mengejut yang dilakukan oleh tentera Israel menyebabkan Hamas (parti pemerintah) tidak bersedia untuk menghadapi serangan yang dikenakan ke atas Palestin.

Saudara Amin sedang menyampaikan Ucapan semasa himpunan Aman

Saudara Mohd Amin dan Mohd Hamami dalam ucapannya dengan lantang mengecam tindakan zalim Israel yang telah menafikan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Beliau meminta agar umat Islam dapat bersatu bagi memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau sebagainya.

Saya Mewakili Pihak Pro Mahasiswa UTM amat berbangga kerana wujudnya Mahasiswa yang berani dan lantang seperti Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami dalam menyatakan pendirian terhadap isu umat Islam yang berlaku khususnya di Palestin. Walaupun usaha ini hanya sebagai respon dari Mahasiswa tetapi sekurang-kurangnya, himpunan aman semalam telah membuka mata seluruh mahasiswa dan juga pihak pentadbiran agar sedar tentang penderitaan yang di alami oleh Warga Palestin di Gaza.

PIHAK ASPIRASI@EVO-MAHASISWA sebagai orang yang mengepalai kepimpinan Mahasiswa di universiti pada hari ini sepatutnya mengambil contoh kepada Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami kerana keberanian dan kepekaan beliau terhadap isu yang berlaku dan mengambil inisiatif untuk bertindak. Kepimpinan Mahasiswa sepatutnya tidak hanya pandai berpencak di dalam kampus tetapi mesti berani dalam menyatakan pendirian dalam isu-isu nasional dan juga antarabangsa.

Usaha ini tidak sepatutnya berhenti di sini. Seluruh kepimpinan mahasiswa sama ada PMIUTM, Kelab Iqra, JKM Kolej, MPP dan pentadbiran seharusnya mengambil langkah yang lebih besar bagi memastikan UTM dapat menyumbang dalam meringankan penderitaan Rakyat Palestin pada hari ini. Sekali lagi, Tribute buat Saudara Mohd Amin bin Mohd Hamami.Wallahua'lam. Student!!!Power.

Mahasiswa Diseru Mendoakan Kesejahteraan Warga Palestin

   
Sunday, December 28, 2008


gaza.jpg

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Islam diseru agar tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang dibantai secara besar-besaran oleh tentera Zionis laknatullah.Demikian ujar Yang Dipertua PMIUM saudara Haafizuddin Abirerah malam tadi.

Beliau juga menggesa agar mahasiswa Islam dan bukan Islam turut sama melahirkan bantahan terhadap kekejaman Zionis pimpinan Ehud Olmert dan juga kerajaan Amerika Syarikat yang bersekutu dgn tindakan kekejaman tersebut.

Semalam Israel melancarkan serangan udara pada hari kedua untuk memberi tekanan kepada Hamas dengan 229 terbunuh pada serangan berterusan 24 jam ke atas Palestin dalam konflik yang berlarutan selama 60 tahun itu.

Israel menempatkan kereta kebal dan tentera infantri di sepanjang sempadan Gaza dan jurucakap tenteranya berkata: “Operasi ketenteraan akan berterusan dan kini sedang bersiap sedia.”

Negara Yahudi itu mendakwa mereka bertindak balas selepas militan Gaza melancarkan serangan roket dan mortar secara intensif selepas Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata selama enam bulan, minggu lalu.

Serangan militan itu menyebabkan kecederaan dan pemimpin Israel dikatakan menerima tekanan dalam persiapan mengadakan pilihan raya pada 10 Februari nanti.

Tinjauan umum mendapati kumpulan sayap kanan pembangkang negara itu, Likud diramal akan menang.

Israel berkata, pesawat pejuangnya melancarkan kira-kira 100 serangan pada Sabtu manakala militan Palestin membalas 70 serangan roket ke arahnya, mengorbankan seorang penduduk Israel.

“Ada masanya kita berdiam dan ada masa untuk bertindak balas,” kata Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada siaran televisyen.

Asap tebal hitam boleh dilihat di sekitar bandar Gaza selepas Israel mengebom lebih 40 kawasan keselamatan dengan mayat bergelimpangan serta mangsa yang cedera di sebuah majlis graduasi tentera baru Hamas. - mahasiswakini

Sumber- http://mahasiswakini.com

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger